April 25, 2016
BY isa Kamal Mokhtar0
Comments
Alhamdulillah admin berkesempatan untuk update blog pada kali ini. Alhamdulillah dengan jayanya admin dapat mengikuti kursus jahitan telekung anjuran Al-Mujahid Trading pada 07 Januari 2016. Seronok bila dapat pelajari ilmu baharu. Kursus Menjahit Telekung tanpa menggunakan MESIN JAHIT? tentu anda terfikir, bagaimana mungkin mengikuti kursus menjahit tetapi tidak memegang mesin jahit, bukan? Seperti kebanyakkan anak didik ustazah Sahida Said, ustazah Sahida menasihati supaya "JIKA TIDAK YAKIN, BUATLAH ISTIKHARAH" Itulah yang sebaiknya, dan menimba ilmu perlulah berguru. Mula istikharah dan submit doa untuk hadiri kursus, kemudian buat pendaftaran ONLINE, Kursus diadakan di Musolla As-Saadah, Perak Darul Ridzuan.
Pengalaman menjahit telekung adalah perkara baharu dalam hidup admin :) syukur alhamdulillah Allah kurniakan insan-insan disekeliling admin yang sentiasa memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung dari segi kewangan, memberi semangat, dan sebagainya. Moga ilmu menjahit telekung ini bermanfaat kepada admin untuk diamalkan. Gambar diatas adalah telekung dihasilkan selepas mengikuti kursus berkenaan dihasilkan untuk ummi tercinta. untung-untung nanti boleh admin ambil tempahan jahit telekung pula. InsyaAllah. Doakan ye. Terima Kasih kerana sudi luangkan masa membaca.